Sunday, May 10, 2009


Selamat hari ibu untuk mama saya yang berada di kampung,ibu2 saudara dan semua ibu2.

Semalam saya telefon mama nak minta maaf walaupun kesalahan itu tidak disengajakan dan telah lama berlaku.

Awal tahun lepas saya telah meminjam gelang arwah nenek saja nak melaram. Lepas beberapa hari dipakai gelang tersebut telah terpatah dua kerana saya tidak menanggalkannya walau sesaat pun. Setiap masa gelang itu dipergelangan tangan, corak klasiknya cukup menarik.
Nak beritahu mama saya takut. Nanti mama akan kata saya tak pandai jaga harta berharga. Lalu saya simpan ia di dalam peti. Lama ianya saya sepikan. Ada sekali mama tanya mana gelang itu, saya tak menjawab malah buat2 tidak mendengar soalan mama. Saya terfikir nak buat macam mana dengan gelang yang patah itu, hendak dibaiki atau beritahu saja mama perkara sebenar.
Beberapa bulan sebelum Idul Adha saya ke kedai emas untuk membeli seutas rantai tangan dan saya terfikir untuk menyambung kembali gelang yang telah patah itu. Saya lantas mengeluarkan gelang tersebut yang kebetulan saya letakkan di dalam tas tangan saya. Saya tanya jurujual di situ adakah ia dapat disambungkan kembali. Tapi jawapannya amat mendukacitakan saya, lalu saya simpan kembali ke dalam tas tangan.
Mama kata bawa balik saja gelang itu dan tak marahkan saya pun. Entahlah andai tak dapat dibaiki lagi nak buat macam mana ya. Sudah sebulan saya tak pulang ke kampung(saya tak ingat pun ada cutu pada hari Ahad, saya tahu setelah sudah terlewat untuk tarik balik kerja saya pada Jumaat dan Sabtu)tak melihat mama,ayah serta adik2 di kampung. Lama rasanya bekerja tak henti-henti dari Ahad sampai Sabtu ada saja kerja yang perlu saya lakukan. Tapi tak apa demi tugas negara yang saya pikul di bahu ini selama ini.
Nanti cuti panjang saya akan pulang dan tangguhkan kerja yang remeh tapi besar itu pada kemudian hari. Saya memerlukan rehat yang panjang dari berfikir soal kerja pada cuti nanti.Rindu masakan mama.Kata adik saya,Yan masakan mama dah lain dari dulu. Kata ayah kami anak-anak perempuan perlu ambil kursus dengan mama untuk masak yang istimewa terutama nasi dagang Kelantan. Hidangan utama masa Idul Fitr dan Idul Adha. Memang saya nak belajar tapi masa tak mengizinkan lagi pada masa ini atau cuti nanti saya akan belajar.
Gambar semangkuk asam laksa tu yang dah separuh saya makan di Jusco, Midvalley seorang diri lepas penat berjalan di Pesta Buku Antarabangsa 2oo9.

No comments: