Sunday, October 08, 2006

Dunia

Dunia
Usiamu semakin hari semakin tua
Pelbagai peristiwa telah kau saksikan
Pelbagai ragam manusia
Yang semakin hari berubah
semakin ganas kurasa
Kekejaman di merata-rata
tak jemukah kau saksikan
Kutahu kau tiada daya
Hanya dapat melihat
Semua itu kuasa tuhan
Yang menciptamu.