Friday, April 17, 2009

Dua hari aku di sana, tak berteman tiada yang dikenali. Dari bawah naik ke atas berulang kali, cari buku yang berkenan di hati. Ada terasa di hati ini nak milik semua buku yang diminati tapi tak terdaya kerana aku insan biasa tak punya kuasa(kereta tak de lagi pi dengan bas je). Dari tempat kerja hari Khamis aku terus ke bandar untuk ke KL malam itu. Walau letih dan penat belum serah ku gagahkan jua kaki melangkah menuju destinasi yang saban tahun kukunjung.Pesta Buku Antarabangsa setiap tahun masuk dalam agendaku walau masih ada kerja lain yang patut kusudah namun kutangguhkan dulu untuk ke lain hari.Bertemu dengan penulis sensasi masa kini (dan kontroversi) dapatkan bukunya untuk ditandatangani tanda kenangan kita pernah bertemu di situ untuk kesekian kalinya pada tahun ini. Berbaju Melayu pada hari Jumaat tapi kenapa pilih warna biru(kalau nak ikut terapi warna Jumaat sepatutnya hijau)walau begitu manis dipandang macam hulubalang Melayu.
Novel terdahulu yang belum diautograf minta diautografkan walau dah lama tersimpan kat dalam peti. Sejujur hati memang tak sangka esoknya ku ke gerai itu lagi untuk beli cenderahati buat teman serumah. Kali ini saudara bertongkat, jalannya sedikit kepayahan namun demi peminat yang akan datang saudara gagahkan juga kaki menapak ke gerai Al-Ameen Serve. Dan saudara nampaknya makin kurus dari tahun lepas. Kenapa agaknya? Adakah kerana makan hati atau menanggung derita penyakit. Kalau benar jangan dirahsia suara hati nanti saya turut susah hati. Harap jangan ambil hati. Semalam saya dah terpaksa pulang ke tempat kerja walaupun ingin sekali hadir dalam Dialog Pena pada hari ini.Seikhlas hati saya peminat saudara sejak lama dulu. Kebanyakkan novel saudara saya miliki dan membacanya. Walau masa kurang mengizinkan saya membaca karya saudara(Sasatul Ibad) cuti nanti akan saya suguhkan jua masa yang ada untuk membacanya. Jaga diri agar sihat lain masa dan tempat mungkin kita dapat bertemu lagi.

No comments: