Tuesday, July 31, 2007

dr hamka

Kali pertama aku membaca novelnya, aku kira ia amat menarik hati.
Suatu hari,bila aku ke perpustakaan awam aku jumpa dengan karyanya yang belum aku baca.Novel yang mengisahkan pengorbanan seorang isteri yang tidak dihargai oleh suami.Merantau ke Deli suatu karya yang patut dibaca oleh semua pasangan yang sudah atau bakal menjalinkan ikatan sebagai suami dan isteri. Moga dapat pengajaran untuk melalui hidup berliku bersama orang yang disayangi

Sunday, October 08, 2006

Dunia

Dunia
Usiamu semakin hari semakin tua
Pelbagai peristiwa telah kau saksikan
Pelbagai ragam manusia
Yang semakin hari berubah
semakin ganas kurasa
Kekejaman di merata-rata
tak jemukah kau saksikan
Kutahu kau tiada daya
Hanya dapat melihat
Semua itu kuasa tuhan
Yang menciptamu.